Wednesday, March 28, 2012

Jodohmu Ada Di Tahajjudmu

Lelaki yang soleh, Hensem di mata sang Pencipta!!



Saya berani katakan, jodoh kamu semua adalah bergantung pada tahajjud kamu. Mengapa pula begitu?

Jodoh yang biasa-biasa adalah dari kalangan orang yang biasa-biasa dengan pertemuan yang biasa-biasa dengan cara berpacaran yang biasa-biasa muda-mudi lakukan.

Manakala,

Jodoh yang luar biasa dari golongan orang yang soleh, solehah yang luar biasa amalan mereka di sisi Allah. Bertemu dalam redha, berpisah jua redha. Luar biasa.

1. Nikmat dan rahmat tersembunyi TERAHSIA di sebalik tahajjud.

Firman Allah dalam Surah al-Sajdah (32):16-17:

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
(As-Sajdah 32:16)

Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.
(As-Sajdah 32:17)

2. Tahajjud bukan sahaja untuk minta jodoh yang baik, malah menjadi pembeza antara kamu dan manusia lain di akhirat:

Imam al-Mubarakfuri berkata:
"Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."
3. Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah minta jodoh yang baik.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'."
(HR Bukhari)
****

Jadi, tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya.

Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.

p/s: amik kat ustaz azhar idrus punya fb hehe....

Wednesday, March 21, 2012

Tips untuk orang tak hensem macam Mr.Snap2!!

Tips untuk orang tak hensem

zaman muda2 dolu wakakaka!!!!!!!


Tips bagi yg merasa sebagai lelaki tak hensem (maaf ini hanya bergurau, jgn disimpan dalam hati ya bro!)

1. Jangan putus asa, tidak semua orang menilai manusia dari fizikalnya, boleh juga dinilai dari rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpanannya ^^
DONT JUDGE THE BOOK BY THE COVER

2. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem, salahkanlah orang tua, kerana hensem itu keturunan.. betul tak??
LIKE FATHER LIKE SON

3. Perbaiki kecantikan dalaman anda, itu kalau anda merasa sisi luar anda memang hampeh.
THE BEAUTY IS UNDER THE SKIN

4. Jgn sakit hati kalau dikatakan tak hensem, buat **** jer, ingat film Beauty and The Beast kan?
NO GAIN WITHOUT PAIN


5. Jadilah diri anda sendiri, kalau anda tak hensem, bersyukurlah. Mungkin kalau anda hensem anda akan banyak dosa JUST BE YOURSELF

6. Kalau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati, penilaian manusia tidak selalu benar (mungkin anda sebenarnya lebih tak hensem lagi huhu)THE TRUTH IS OUT THERE

7. Yang cakap – tak hensem itu bergantung kepada alam sekitar anda,misalnya anda disini tak hensem tapi di Afrika boleh jadi paling hensem tu bro, so pindah ke sana jer hehehehe
THE RIGHT MAN IN THE WRONG PLACE

8. Cinta tidak memandang hensem atau tak hensem. Tak percaya? Tanyakan perkara ini kepada orang yang tak hensem…LOVE IS BLIND

Kalau anda membaca tips ini sampai habis, bererti anda memang merasakan anda tak hensem..
Kalau anda sendiri rasa diri anda tak hensem, apalagi orang lain yang melihat anda….
Jangan menganggap kalau anda merasa tak hensem itu anda low profile,
percayalah.. orang lain pun akan setuju dgn pendapat anda
jadi percayalah pada kata hati anda (kalau anda tak hensem)…


P/s :Kalau anda tersinggung dengan artikel ini, ini bererti betul.. anda memang tak hensem.
maaf.. cuma bergurau, hahaha..( copy article only )

Tuesday, March 20, 2012

Bawa Aku Pergi......


 

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan munkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

hahahaha tu sikit sebanyak lirik lagu kat atas tu..... 
aku suke gile2 lagu tu..kaka awak comel!!!!!
aku baru sampai dr KL otak pening2 xbeh g sok nak masuk opis pulak
aduiiiiii mencinya idupkuh!!!! 
dah la Chenta Hati aku masuk clinic!!
Uh myNIKON D5100 i miss u!!
wait for me baby minggu depan abg g amik syg dr aperk bernama
Encik AYOB yang jahat!!!!!!!

di kala rindu NIKON D5100 ku berposing sedemikian rupa lalalalalaala

p/s: dah tgk blog tu... kecewa sgt2... :(

Tuesday, March 13, 2012

Encik Omar & Puan Zaharah!!!

hye peeps.. haha hari ni Encik Eddy Omar @ Mr.Snap2 nak share dengan korank semua sapa Chenta Hati yang aku paling sayang sangat-sangat in this Dunia hehe.. musti korank semua nak tahu kan3... macik kan3.. hahahahaha Dari kecik tapak kaki aku sebesar 2 jari sampai aku besar gemuk gedebuk sampai sekarang dowang la selama ni jaga aku bagai menatang minyak yang penuh walau pon ni degil tak dengar cakap kadang-kadang (eleh padahal selalu xdengar cakap) downg ni la tempat aku luah gumbira sedih apa yang tersirat dalam hati ku...... susah senang aku Mak aku la tempat aku luah.. Abah aku selalu belikan aku nasi bungkus dr aku tak sekolah sampai la dah keje berjangut ketiak berbulu pon dia masih belikan aku nasi putih + lauk ayam goreng/daging masak kicap.. menu setiap hari aku camtu la hahaha so tak payah nak citer la kan dari mana datangnyer lemak-lemak daku yang penuh korupsi tu hahahaha so... tak payah nak panjang citer jom usha pasangan romantis dalam donia ku wohohoho I LOVE YOU SO MUCH LA ABAH & MAK!!!!!!!

Jom Chekidouts!!!!!


berdating di petang hari owh romantis!!
muka je nampak garang tapi hati baik ma this is The Handsome Encik Omar b Abdullah & The Beauty Puan zaharah bt harun (my Daddy and my Mother!!!!!)


hohohoho bapak ku memang seorang yang stylo pandai main peace2 lagi!!!

ececece manja2 gitu...

Bila bertentang mata dalam hati mcm lagu techno kih3...

Suweeetttttahhhh!!!!!!!

Super model of the year!!!

Satu hari nanti saya nak kita macam ni ye awak!!!




 
dan akhirnya anaknya yang separa xbetol!!!!!!

p/s:

kita tidak berhak untuk dapatkan cinta sejati jika kita sendiri tidak jujur dalam percintaan.... walaupon kita tidak dapat berhubung dalam telepon facebook atau apa sahaja tapi kita tetap dapat berhubung di hadapan yang maha esa di dalam sujud kerana kita sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dan kebahagian kita bersama..... 

" Saya Cintakan Awak"

Thursday, March 8, 2012

Nafas Baru !! .......

Well.... wild wild west haha ape kaitan!!!!! haha mula la hidop daku yang baru pada 5hb march 2012.. haha this birthday kali ni memang aku selamat giler survive gile.. apepon x kna prank dr last bezday huih siap kena campak dalam Tasik Ilham UiTM Perlis yang di hatiku sgt tu ( tangan di bahu mata pandang ke atas sambil lidah terkeluar la sgt!!) haha sesapa yg duduk uitm perlis memang tahu la tasik tu phiewwwwwwww memang busuk tuhan saja yg tahu segala taik itik taik segala semua ada dalam tu hohoho thats the best birthday i ever had in mylife haha thanks guys walau pon segala tepung telur tanah lumpuh najis itik apa semua hinggap di tubuhku.. aku redha... "siap la aku revenge!!".....

cuma sayangnya this birthday aku dapat 1 hadiah yang paling aku tak akan lupa seumur hidup aku dan aku redha.. apa hadiah tu biar aku dgn tuhan je yang tawu ... hohoho dalam kehidupan napas baru ni aku ada 1 LIFE LAST WISH yang aku buat.. kih3 tak sure la leh tercapai ke tak before aku genap umur 30!!! argh... terasa tua di situ........ so aku nak share my life last wish dengan korank ne tahu kot korank in my list haha

Lets Cekidout!!!!!..

  • Mau beli superbike CBR 600 RR.. ( sampai ke tua la kau berangan labu!! )
  • Mau beli Nikon D90 !!! .. ( kopak pulak la poket balun megi pulak hari2)
  • Mau Pakai  Apple lappy!!!... ( yang ada pon terkedek-kedek nak guna puiii!)
  • Nak ada rumah sendiri ( macam ombak vila in ombak rindu not ONGBAK oke!!) 
  • Nak Kurus!!!.. ( kuat melantak camna nak kurus pui!!!)
  • Nak ilangkan "Pregnant" ni!!!!.. (  bertahun dah bosan da dengar Booo!! )
  • Nak ada Gegirl!!!!  (Gediks sgt!!)
  • Nak date dengan Tyra Banks ( macam dapat Duhh!! )
  • Nak terer cakap jepun,korea, sebab aku kaki anime!! ( google pon boleh!! ) 
  • Nak hantar parent aku gi umrah dengan duit aku sendiri.. ( Insyallah amin...)

Yang paling aku wish sangat2 memang sentiasa dalam hati aku...

Ialah.........

" Aku nak dia balik kat aku dan sentiasa di sebelah aku buat selamanya aku janji aku akan hargai dia lebih dari segala-galanya.. dan this i promis you.... "



seribu tahun ku  rela menunggu mu.....

Monday, March 5, 2012

Pergi......


Kenangan kita...... tak akan saya lupakan awak selamanya, walaupun sekarang awak dah berlalu pergi meninggalkan saya. Pengorbanan yang saya buat untuk awak adalah ikhlas, maafkan saya sebab tidak sesempurna seperti yang awak inginkan......
P/s: pesanan saya untuk awak....
 
Yang paling kuat dalam tubuh seseorang ialah hatinya, yang paling lemah dalam diri seseorang juga hatinya..so,jaga lh hati awak ya.saya dah tak ada nak jaga awak.... ingat tu  :)

Saturday, March 3, 2012

Dalam Hati Sapa Yang Tahu..

Ramai yang cakap kalau kita jaga hati orang, orang akan jaga hati kita... mungkin tuh zaman dulu-dulu... tapi sekarang ni semua dah mustahil.... tak guna kalau kita asyik nak jaga hati orang.... sedangkan hati kita sapa yang nak jaga.Pemikiran yang macam tu yang harus kita kikis dari diri kita.kalau kita turut bersikap sedemikian jadi apa bezanya diri kita dgn orang lain.... yelah mengikut apa yang org "tua2" cakap apa yang kita terima sekarang ni.. itu semua akibat dariada apa yang telah kita buat.mungkin kita dalam tak sedar kita banyak dah lukakan hati orang, buat orang terguris, buat orang marah tak kira samada kawan kita,sedara kita cikgu kita bf/gf kita or anyone....Apa yang telah berlaku pada kita usahlah di ungkit atau merungut sebab semua tu 1 ujian yang Allah swt beri kepada kita tanda "Dia" masih sayangkan kita.berusahalah supaya diri kita akan berubah menjadi lebih baik dan di sukai dan disenangi oleh orang ramai  pada hari-hari yang kita bakal tempuhi nanti dan usahlah bersedih kerana "Dia" tidak pernah sesekali meninggalkan walau pun sedetik......... Conclusion for today kids..
  
Belajarlah melepaskan sesuatu yang memang bukan untukmu.Belajarlah menerima sesuatu yang telah diaturkan untukmu..kerana itulah yang sebaik-baiknya untukmu ♥



p/s: saya terlalu rindukan awak yang telah pergi meninggalkan saya demi kebahagiaan awak dan saya   rela dalam terpaksa... baik-baik sayang.....



 
Apa yang tersirat dalam hati selama ini............

Thursday, March 1, 2012

5 March 2012........

Ada apa dgn 5 march tu?? Hari ape?? Bulan apa tu? ada kenduri ke? Kat mana? ada orang beranak ke sapa? Ooii... ape mender nih!!!!!................ erk.... aku genap 27.. dah tua.. adoi... perlu celebrate ke??? ada ke nak celebrate dgn aku??? dapat adiah lagi tak??? sapa nak kasi??? haishhhhh.... tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.. i,m 27!!!!!!!!!!!! aku tak tuaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...................................

Cuba kengkawan try teke ni besday yang ke brapa kih3... comel3......



 
 Harap-harap aku tak di perlakukan sedemikian rupa seperti ini lagi... kijam5!!!!!!!!!!